Lembutnya Hati Mazmumah Boleh Mati


Takutkan Tuhan atau cinta kepada-Nya boleh melembutkan hati

Lembutnya hati, mazmumah boleh mati

Tidak takutkan Tuhan atau tidak cinta kepada-Nya, hati buta atau mati

Bila hati buta atau mati

Nafsulah yang akan menjadi raja di dalam diri

Nafsu menjadi raja diri akan bermaharajalela

Dia akan mendorong manusia membuat apa sahaja

Kejahatan nafsu itu dahsyat

Jika ia telah bermaharajalela, ia akan jadi air bah melanda apa sahaja

Ia juga akan jadi angin yang menggila memusnah segala benda Atau dia akan jadi api membakar setiap yang ada

Aduh, dahsyatnya nafsu manusia jika tidak dijaga

Kejahatannya, manusia mati, cacat dan luka

Harta benda musnah, bangunan yang tinggi runtuh, segala yang indah punah

Binatang-binatang yang tidak berdosa juga ikut punah-ranah

Tanam-tanaman untuk makanan manusia turut musnah

Aduh! Jahatnya nafsu, runtuh rumahtangga

Pecah persaudaraan, musnah kasih sayang

Aduh! Jahatnya nafsu manusia berkrisis dan berperang

Berkelahi dan berbunuh-bunuhan

Zina lumrah berlaku, rogol dan pencabulan merobek-robek maruah manusia

Aduh! Merbahayanya nafsu, musnah perikemanusiaan

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi